27 Januari 2013
Happy 2nd Birthday to my lil sweetheart, Muhammad Addad HaziQ. Semoga menjadi anak yg soleh dan taat pada agama dan ibu bapa. Semoga sentiasa cemerlang dalam kehidupan, dipermudahkan segala urusan, dikurniakan kebijakan akal, memperolehi hati yang terang dan tenang, diberikan kesihatan tubuh badan serta diiringi oleh kegembiraan selalu. Mama sentiasa mendoakan yg terbaik buat Addad juga abg Ayyad. Mama, Ayah & Abang sayang Adik sangat²!
Addad HaziQ at 2 years-old
ALHAMDULILLAH, syukur ke hadrat Mu Ya Allah, pada tarikh di atas, genaplah 2 tahun usia hero kecik mama yg kedua, Addad HaziQ. Pelbagai pengalaman, pahit manis, suka duka sepanjang 2 tahun membesarkan Addad nih. Mama sangat² bersyukur dikurniakan anak-anak yg memberikan mama terlalu banyak pengalaman dalam usaha membesarkan dan mendidik zuriat kurniaan Allah.
ALHAMDULILLAH jugak, semakin hari Addad semakin bertambah sehat dari segala penyakit yang di alami masa kecik dulu. Masih ada lagi yg perlu mama usahakan supaya Addad terus-terusan sehat dan tak ada sebarang masalah lagi termasuklah masalah sembelit sekarang nih. InsyaaAllah, moga dengan izinNya, mama mampu lakukan itu jugak.
ALHAMDULILLAH masih mama panjatkan buat Yang Maha Esa, di setiap masa yg mama luangkan bersama anak-anak, dapat mama lihat perkembangan mereka yg semakin hari semakin bijak dan kuat celotehnya. Makin banyak ragamnya yang kadang² menguji tahap kesabaran mama dan kadangkala pulak berjaya menghilangkan stress kami suami isteri yg penat lepas balik kerja. Hehe! Semoga kami sentiasa dikurniakan kesabaran dan kekuatan dalam mendidik dan membesarkan anak-anak. Amin.....
Sekian dulu utk entri kali nih. Jumpe lagi lain kali, insyaaAllah... Da daaaaaaaaaaaa!!!
0 Korang Kate...:
Post a Comment