Followers

Tuesday, October 23, 2012

ZAYYAD RAZIQ - 4 YEARS


21-10-2012: Alhamdulillah, genap 4 tahun usia putera sulong mama. Sekejap sangat rasenye masa berlalu. Tiap kali besday abg, tiap kali tuh laa mama terbayang semula saat melahirkan abg. Hepi sangat-sangat time tu. 1st time dapat anak dan bertukar title laa katakan... Hehehe! Ayah pon same. Excited & teruja!

Semenjak itu, mama bertekad dalam hati, walau ape pon yg terjadi, walau sesusah mana pon yg mama perlu hadapi, mama berjanji dan insyaAllah, mama hanya bagi yg terbaik aje buat anak mama. Mama susah takpe! Mama sakit pon mama rela asalkan anak mama sentiasa hepi, sehat dan bahagia...

Bile Ayyad dah jadi abg, kegembiraan mama berganda. Walau pada mula kelahiran adik macam-macam mama & ayah di duga, tp Alhamdulillah berkat kesabaran, doa dan usaha, skang semuanya ok. Sikit² dugaan tuh adat ler... Itu tandanya Allah sentiasa ingat kat kita. InsyaAllah sayang, mama & ayah masih mencuba meningkatkan taraf hidup kita. Semoga lepas nih, Allah tunjukkan hikmahnya pada kita sekeluarga... Amin. :)

Namun demi Allah dan dengan izin-Nya, mama berjanji akan menjaga anak-anak mama dengan sebaiknya. Kerana kamu berdua adalah amanah daripada-Nya. Semoga kamu sentiasa berada di bawah lindungan dan keberkatan Yang Maha Esa. Gembira dan sihat sejahtera. Ketahuilah, bahawa tiada yg lebih bernilai dalam hidup mama selain kamu berdua, sayang... Dan dah tentu lah ayah kamu juga sebahagian darinya. :) Semoga keluarga kita sentiasa mendapat keberkatan daripada-Nya.

Sempena birthday abg Ayyad nih, mama doakan moga abg akan mendapat segala apa yang diingini dan dihajati. Semoga abg Ayyad menjadi anak yg soleh dan taat pada mama ayah dan agama. Moga abg sentiasa didampingi perkara-perkara yg baik sahaja. Moga Ayyad dilimpahi rezeki yg berganda-ganda seperti makna nama yang kamu bawa. Moga jadi anak yang bijak dan bakal mengharumkan nama keluarga. Semoga menjadi abg yg baik dan bertanggungjawab utk adik(²) nanti. Dan, semoga satu hari nanti abg Ayyad bakal membuatkan mama & ayah bangga kerana kejayaan mu, nak... Amin, Ya Rabbal Al-amin...
Gamba malam tadi. Time dah masuk bilik nak tido... Hehehe!

SELAMAT HARI LAHIR KE-4, SAYANG...
Mama, Ayah & Adik Addad sayang Abg Ayyad sangat-sangat!

0 Korang Kate...: