Sebab terlalu byk mende nak di update and dah terlalu lame blog nih berlumut, aku pon naik malas nak menaip panjang². So, aku ringkaskan aje laa kat sini. Ape sebenarnye terjadi within this time period.
13 June - 17 June : Addad warded at HKL (Remeber?)
22 June - Addad start demam semula. Sempat bwk pegi Klinik Rakan Medik amik ubat demam pas balik Taska.
23 June - Addad demam lagi di ikuti ruam tebal kat tengkuk dia. Bawak ke Klinik Cheng plak ptg tuh. (Today also become the last day for my kids at Taska Rasa Sayang)
24 June - Mama MC sebab tak bape sehat plus Addad pon dah start demam & batuk semula. Abah n mak uda dtg dari kg, plan nak ke PPUM settlekan urusan arwah acik.
25 June - Addad demam lagik! Rashes spreading & batuk pon makin teruk. Dah macam sempo0ot semula! Huhu... Bawak pulak ke Klinik Mediviron. Doktor kate ruam tuh just alergic of heat. Dapat neb lagi utk redakan batuk. Dr. Herbert berjaya buat penemuan "gigi pertama" Addad. Hehe!
PETANG - Sempat join kawan² gather kat Aroma Ikan Bakar, Jeram. Kebetulan Addad nampak OK sket pas makan ubat ptg tuh. Abah plak terus pegi Cheras, umah wan busu ptg Sabtu tuh jugak. Zayyad plak wat drama 'Kanak-kanak Hilang' kat restoran tuh selepas Nina. Sib baik jumpe and takde apape berlaku.
MENJELANG malam, Addad dah meragam. Terus bawak balik umah. Semalaman mama tak dapat tido sebab Addad meragam tak sehat. Sebenarnye, dah 3-4 malam pon mama tak dapat tido. Sebab tuh mama pon dah flat, tak cukup rest n rase cam nak demam.
26 June - Rashes makin teruk! Naik ke kepala dan badan. Demam Addad makin tinggi. Badan dia panas betul! Tatau nak wat ape... Lepas bg ubat, terus kol along. Along suspek Addad kene demam campak halus. On d spot plan nak ke Senawang. Hubby setuju... Terus ke umah along pastu.Sampai umah along, Addad terus kene mandi ngan air kelapa n daun mambu. Dia nampak selesa sket but batuk dia masih teruk. Sempat pegi jumpe wak utk 'tawar'kan air.
27 June - Aku pegi keje dari Senawang. Sebelom gi keje, sempat mintak tolong kat along utk bwk Addad amik neb kat klinik Permata sebab batuk dia teruk. Menjelang tghari, along inform aku yg doktor Yus mintak bawak Addad ke hospital memandangkan demam dia sangat tinggi and batuk dia agak teruk. Nampak macam ade infection kat peparu. Doktor dah siap buat
28 June - Still at HTJS. Addad masih tak larat dan diberi bekalan oksigen. Aku dah start batuk² and rase tak sehat. But masih boleh bertahan.
29 June - Still at HTJS. Addad nampak ok sket laa but masih takmo nak main² sangat dan badan dia dah penuh dgn ruam campak tuh. Sampai ke kaki dah pon. Mama? Dah start demam... Asik telan PCM aje keje nye. Abis dose, mintak yg lain kat nurse hospital tuh. Badan lemau, lembik, tak larat... Demi anak, mama
30 June - Addad ceria sket compare to previous. Oksigen pon dah OFF ptg tuh. Cuma mama plak yg asik demam on-off. Asik laa telan ubat kejenye. Tekak dah mula tak sedap. Telan makanan pon rase berpasir. Badan dah weak. Maybe sebab kurang rehat + tak sehat. Mama pegi jumpe doktor outpatient, sempat jumpe MA jek. Nyaris tak kene masuk air. At last tak sempat sampai turn mama dah naik wad semula. Sebab terlalu lame dan lambat. Mama dok risau kat Addad dalam wad sesorg. Mama tinggalkan dia time tido jek. Then bile sampai atas, mmg betol Addad dah nangis. Huhu! Tak jadi jugak mama jumpe doktor. Telan aje laa panadol dulu.Malam tuh, tiba² misi gitau yg doktor suh tukarkan wad Addad sebab diorg suspek measles. Lerrr... Dari mula² masuk lg aku dah gitau tp dorg asik laa nak kaji mende tuh. Mcm² teori dah keluar. Lain doktor, lain laa explaination. At last, demam campak jugak resultnye! Aku bwk Addad masuk bukan sebab campaknye tuh tp sebab batuk dia yg teruk, but mende lain yg dorg kaji. Batuknye dorg tak cakne pon! Just bg pam n antibiotik aje.
So, malam tuh kami terpakse duduk kat isolation ward. Bes sebab ade aircond bilik tuh but sunyi coz 1 patient only at 1 room. Ayah pulak kate nak dtg malam tuh. Malangnye, jauh² ayah travel sebab nak jumpe Addad n mama, at last jumpe tak sempat 5 minit pon, dah kene 'halau'. Wad pengasingan tuh sgt ketat rules nye.
1 July - Lewat gak doktor pakar dtg review pg tuh. Mentang² laa kami dok terasing. Huhu! But luckily, bile doktor dtg, dia inform Addad dah leh discharge. Alhamdulillah... Mama pon dah tak larat dok hospital lg. Demam mama cuma kebah bile makan ubat jek. Abis dos, dtg laa balik demam tuh. Badan dah weak giler! Tak saba sgt nak balik umah along. Suddenly kene tgu ubat plak! Kalo takde ubat, mama mebi kene stay lg sehari. Mama berkeras nak discharge. Bukannye takleh dtg semula ke hospital n amik ubat tuh. Takkan kene stay semalam lg semata2 sebab nak tgu ubat? Nonsense! At last, kami dibenarkan jugak balik. Tp, malam baru kami dapat sampai ke umah sebab hubby sampai dr KL pon dah lewat. Dalam kul 9++pm jugak laa kami baru gerak dr hospital. Saje aku mintak hubby bawak angah sekali utk pegang Addad dalam kete coz aku betul² dah tak daya. Nak jalan pon menggigil rasenye. Uhuk!
Sampai kat umah, aku tak turun pon. Suh angah bawak Addad masuk then terus aku ajak hubby gi Klinik Permata. Mmg temperature aku tinggi sgt. Lepas amik ubat n dapat MC, aku balik umah along. Makan ubat, terus tertido... Addad? Along n kak long yg tolong tgk2
2 July - Jangkaan hubby tepat! Aku dijangkiti measles, dapat dari Addad. Mesti sebab close contact. Terbaeeekkkk!!! Patut laa demam tinggi giler, complete ngan batuk selsema sekali. Sakit tekak tak ketinggalan! Almost seminggu jugak aku tak leh nak makan
3, 4, 5 dan 6 July - Betapa lame nye aku menderita akibat jangkitan measles nih. Mujur demam beransur-ansur hilang. Malangnye, batuk Addad teruk semula. Puas aku usahakan macam-macam supaya tak melarat. Bg ubat laa, amik neb laa.. Tp penyudahnye....
7 July - Ke hospital jugak... Kebetulan hubby ade kat Senawang. Kami bawak ke hospital semula pon atas nasihat doktor. Batuk dia kurang tp pernafasan dia berbunyi. Speed breathing again! Itulah punca aku terpakse bawak dia ke hospital lagi. Ye! Dia bernafas sangat laju sampai dah nak semput. Kahak macam padat kat tekak n peparu dia. Huhu!
Doktor & misi² kat HTJS tuh siap cam kami lagi. Dah laa warded kat wad yg sama ngan ari tuh, katil pon katil yg sama jugak! Haih... Bermalam lagi kami kat situ, berdua. :( Aku dah laa tak bebetol recover lg mase tuh. Tahan aje laa...
8 July - Addad still warded. Pakai oksigen & amik pam every 4 hours. Doktor kate, dia dapat virus selepas measles. It is called RSV virus. No medication or antibiotik required, ia akan baik sendiri but amik mase. Cuma for time being, Addad perlukan bantuan oksigen sebab speed breathing n amik pam itu pon utk bantu cairkan kahak n legakan salur pernafasan. Hmm...
9 July - Alhamdulillah... Kali nih Addad warded tak lama. Disebabkan virus nih akan ilang sendiri, doktor takmo laa tahan kami kat wad lelama. Kami dibenarkan balik umah dengan dibekalkan 2 jenis ubat. Petang, lepas settle semua urusan bayaran dan farmasi, dtg laa mak long & pak long jemput Addad kat hospital utk dibawak balik ke rumah. Moga² kami takkan ke hospital lagi lepas nih. Huhu!
Since then, sehinggalah 23 July ari tuh, aku tumpangkan anak-anak kat umah along sementara aku cari pengasuh baru utk dorg. Addad mmg tak boleh bercampo ngan terlalu ramai org especially yg ade virus² like demam, batuk, selsema & etc... Ape yg aku dgr dr cikgu taska sendiri pon dah mengurangkan keyakinan aku utk anta dorg kat situ semula. Dan sepanjang 2 minggu tuh jugak, aku berulang-alik dari Senawang ke KL utk bekerja. Cuma sekali seminggu, aku akan balik umah KJ utk kemas² dan settlekan ape yg patut kat rumah tuh. Bile balik KJ, anak-anak terpakse tido ngan mak long laa malam²...
Akhirnye, ptg 23 July tuh, kami sekeluarga balik KL semula lepas mama berjaya settlekan urusan pengasuh baru. Alhamdulillah, atas suggestion seorang kawan, aku berjaya jumpe seorang pengasuh dekat² ngan umah aku. Thanks Cham! Semoga anak² serasi laa dengan nenek kali nih ye, especially adik... Tak sanggup tgk adik masuk hospital dan sakit² lagi. Abg Ayyad? InsyaAllah... Dia tuh pandai bergaul. Ari pertama kat umah nenek pon, dia dah jd 'gengster', nenek kate. Huh! Gengster manja... :p
So.... Setakat ari nih, aku tak boleh nak judge lg laa cara penjagaan auntie tuh. Ye laa
"Ya Allah, KAU lindungilah anak-anakku dari perkara² yang tidak diingini. Kurniakanlah kesihatan dan kehidupan yg baik buat mereka selalu. Bantulah kami suami isteri dalam hal mendidik mereka, agar mereka terbimbing utk menjadi hambaMU yg taat dan anak-anak yang soleh. Amin Ya Rabb..."
Sekian... Daaaaaaaaaaaa!
0 Korang Kate...:
Post a Comment