Followers

Tuesday, October 23, 2012

KEK SPAN COKLAT DGN BUTTERCREAM


Kali nih nak share resepi kek besday Zayyad ari tuh plak. Hehehe! Walaupon ramai yg lagi terer wat kek span nih drpd aku, aku tetap nak wat entry nih. Coz, next time andaikate aku terlupe camane nak wat kek ni, aku boleh belek semula blog aku cari resepi. Hahaha! Tak yah susah-susah nak gugel lagi dah. :p

Kek kali nih sempoi jek... Kek Span Coklat. Mula² nak wat Choc Indulgence kononnye. Tp rase cam leceh sangat dan memandangkan aku takde sangat mase terluang time weekdays dicampo pulak dgn rase malas, maka yg ni aje laa jadinye. Muehehehehee!


Kek Span Coklat

4 biji telur
120gm gula kaster
*1 sdt ovalette -(optional)
80gm tepung gandum
1tsp baking powder
20gm serbuk koko

65gm minyak jagung /minyak masak /butter yg di cairkan

Cara membuatnya:

1. Pukul telur, gula dan ovalette menggunakan kelajuan maksimum dalam satu adunan sampai peak and soft.
2. Ayak tepung, baking powder, serbuk koko masuk dlm adunan..
3. Terus masuk minyak dan putar perlahan hingga adunan bergaul rata dan sebati . Then tuang dalam loyang berukuran 8".
4. Bakar pada suhu 170'c - selama lebih kurang 30 /40 minit - (ikut oven memasing. Oven aku, 30min pon dah masak. Huhuhu!)



Buttercream

Bahan-bahan:
200g krimwell
300g shortening (aku guna +-200g jek)
100g butter (aku tambah)
1/2 tin susu pekat manis (ikut suke laa sebenarnya nak manis tahap mane)
Sikit esen vanilla

Cara-cara:
Pukul krimwell, shortening & butter sampai ringan dan gebu.
Masukkan esen vanilla dan susu pekat.
Kacau lagi sampai sebati sahaja.
Letak laa pewarna ikut suka.


Cara-cara menghias:
  1. Kek yang dah masak dan disejukkan tadi, di belah dua.
  2. Letak lapisan pertama atas tempat kek, then letakkan buttercream (agak-agak laa nak tebal mane..)
  3. Then lapiskan dgn lapisan kedua.
  4. Sapu nipis buttercream ke seluruh permukaan kek dan simpan dalam peti sejuk at least 30minit. Actually process nih nak elakkan serpihan kek bersepai² time kite nak deco nanti.
  5. Kemudian, utk mendeco, kuarkan kek dari peti dan sapukan buttercream berwarna (ikut suka korg lah nak warna ape) ke seluruh permukaan kek.
  6. Then, korg deco laa ikut kreativiti memasing. Hehehe!
And FYI, aku deco kek Zayyad nih sebenarnya byk dibantu oleh hubby. Dia lg cekap guna piping bag dari aku. Maklum laa, org ade pengalaman keje kat Secret Recipe. Huhuhu! Aku nih, idea byk laaa... Nak wat tuh, gegel gak ler... Hahaha!

So, ni laa rupa kek amatur dari budak baru blaja cam aku nih. Hehehe! Boleh laaa kan, wat utk anak sendiri jek pon. :p

0 Korang Kate...: