Followers

Friday, July 6, 2012

LIGHT CHEESE CAKE

Semenjak-dua-menjak boleh baking kek sendiri nih, dah lame sangat aku tak pegi kedai kek utk beli kek. Lebih banyak singgah kat kedai barang² buat kek dr kedai jual kek! Errr... Banyak nye perkataan kek. Hihihihi! Tp tuh laa, aku nih mmg penggemar kek. Dulu - kalo teringin nak makan kek, terus cari bakery terdekat and beli dalam sepotong kek bg ilang kempunan. Harga toksah cakap lah... Sepotong kek aje dah boleh bayo harga makanan lunch utk aku. Then, dapat plak anak yg jugak hantu kek. Tiap kali lalu mane² depan King's, Secret Recipe, Baker's Cottage etc, kompem kene paw ngan dia at least sepotong kek or brownies. Huhu! 

And tah sejak bile, minat membaking nih mula datang dari dalam diri aku. Not baking aje laa, memasak kuih-muih dan kek sebenarnye. Aku perasan sejak aku pindah ke Bukit Beruntung nih laa. Erm... Dan sekarang, mmg dah lame tak singgah kedai-kedai yg menjual kek. Kalo lalu pon, just jengah aje tgk design yg cantik². Then, bile Zayyad mintak nak beli, aku dok wat kira-kira dalam otak... Baik buat jek! Haha... So, jawapan utk Zayyad, "Tak yah laa, Yad. Nanti mama buatkan..." Dan Ayyad pon akan tersenyum dan diam. Hehe! Pastu mula laa dia push-push aku soh wat cecepat! Selagi tak siap and hidang depan muka dia, selagi tuh dia dok merengek... Huhuhu!

Skang nih plak, kalo tiba-tiba aku sendiri yg rase macam teringin sangat nak makan kek, terus gugel resepi kat internet dan siap laa! Memang aku gagahkan jugak laa buat lepas balik keje walopon time tuh dah kul 10pm. Haha! Gigih kan? :-p Bukan ape, ari tuh beria-ria sgt nak ade mixer & oven kan? Haa.. Skang dah ade, gunakan laaa.. Tak laa membazir. Hehe!


So, al-kisahnye malam td. Actually dah 2-3 ari rase nak wat kek. Tp fresh milk dah abes dalam peti ais and asik laa lupe nak beli lain. Then malam td, balik keje terus singgah kedai. Beli jajan utk Ayyad n frens, dgn fresh milk sebotol. Balik tuh, terus punggah barang nak wat kek. Hubby perhati jek aku dok punggah² barang dari dalam peti ais n kabinet. Terus dia tanye, "Nak wat ape ni?"... Aku pon jawab laa, "Nak wat kek.." "Hah?? Skang?.." Aku senyum aje laa. Sambil aku dok putar mixer tuh, dia dok membebel kat aku yg dia tak dengar suara kat TV sebab bunyi mixer kuat sangat. Haha! Nak wat camno? Mixer murah aje. Bini abang nih plak rajin tak bertempat. Sabo aje laa ye! Ekekekekekee...

Kek ape aku buat? Haa... Tgk resepi kat bawah nih.


Light Cheese Cake


Untuk saiz kecil:(rendah je kalo guna loyang 8",kalau nak kek tinggi guna loyang 6")
Tulisan italic di bawah untuk saiz lebih besar..loyang 9"

Bahan-bahan:
• 125g cream cheese | 175g cream cheese
• 200 ml susu segar | 400ml susu segar/perisa strawberi/perisa coklat
• 70 g mentega atau marjerin | 90g mentega/ marjerin
• 70 g tepung gandum | 90g tepung gandum
• 70 gram gula halus | 90g gula halus
• 2 biji telur saiz A | 4 biji telur A
• beberapa titik esen vanila/jus lemon
  ** (aku guna perasa strawberry and sedikit pewarna merah)

Cara-cara
1. Masukkan susu segar dalam periuk. Masukkan cream cheese sehingga cair sambil sentiasa dikacau menggunakan hand whisk. Masukkan pula mentega/marjerin,kacau lagi sehingga cair,padamkan api dan ketepikan.
2. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula halus sehingga menjadi meringue. -meringue ialah adunan putih telur dan gula betul2 ringan (ia tidak tumpah apabila mangkuk cuba diterbalikkan)
3. Di dalam bekas lain yang lebih besar,pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan adunan cheese tadi, kacau seketika..ayakkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul -kacau menggunakan hand whisk dengan perlahan
4. Akhir sekali campurkan merigue ke dalam adunan tadi dan berberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata(boleh juga menggunakan hand whisk tapi gaul dengan perlahan2)..
5. Glis acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Masukkan adunan kek di dalam acuan. Pastikan oven sudah dipanaskan sebelum membakar kek
6. Bakar pada suhu 160 darjah selama 45 minit (atau sehingga masak) menggunakan kaedah bain marie(loyang kek diletakkan di atas loyang yang berisi air panas ketika dibakar)
8. Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja.

Rase nye?? Alhamdulillah... Sangat moist, gebu, lembut dan sedap. Light aje bile masuk dalam mulut. Terus melted and rase nak telan serta-merta. Takyah nak kunyah-kunyah beria dah. Memang terbaik! Hehe.. Zayyad yg rasmikan pemotongan kek nih malam td. Utk dia sorang aje, dah bape slice dia makan. Hehe! Addad pon sama. Suke tgk dorg makan. Tak sesia mama masak kek. That's why i love baking, bcoz anak² suke makan... Hahaha!

OK, pada yg nak mencuba, silakan.. InsyaAllah, hasilnya tak akan mengecewakan anda. Selamat Mencuba!

2 Korang Kate...:

mommyosh said...

rajin nye mak org ni...nnt la aku nk tiru segala resepi2 ko nih..tp aku sgt le mls huuu...kan besh kalu jadik jiran ko huuuu

AyyaDDaD ArieyannA said...

Hehe! Sila laa tiru mane yg berkenan. :p