Followers

Monday, May 21, 2012

SLICE CHEESE CAKE

Cam biase, tiap kali wiken, aku akan cuba merajinkan diri utk memasak. Bukan masak nasik dan lauk ye (sebab itu mmg wajib.. Kalo tak, kitorg seme nak makan ape? Haha...), tapi masak makanan tambahan. Muehehehee! Dan wiken kali nih, aku terajin plak nak cuba satu resepi nih. Dah lama nak cuba tp baru kali nih betul² dapat buat.


Aku ade byk version of this resepi tp utk kali nih, aku cuba versi kak Rosmarlina dari blog JintanManis. Not bad! Lembut dan gebu... Ayyad sangat suke makan and dia yg dok perabihkan kek nih. Hubby pon sempat merasa & dia pon cakap 'Sedap!'... Hehe!


So, ape tunggu lagi? Moh ke dapo...


SLICE CHEESE CAKE
Sumber Asal: Kak Ros Jintanmanis






4-5 keping slice cheese ( slice cheese kalau kt mesia leh guna jenama kraft)
200 ml susu segar
70 gram butter atau marjerin
70 gram tepung gandum (diayak dahulu)
70 gram gula
4 biji telur saiz M
beberapa titik esen vanila 


Cara-cara


1. Carikkan slice cheese kecil-kecil dan campurkan dengan susu segar.


2. Kemudian masukkan dalam periuk, gunakan api perlahan dan biarkan slice cheese tadi cair. kacau sentiasa.


3. Masukkan butter dan kacau hingga larut, tutup api dan sejukkan sebentar.


4. Asingkan putih telur dan kuning telur, pukul putih telur bersama gula hingga menjadi meringue.


5. Didalam bekas lain pukul kuning telur hingga kembang dan masukkan kedalam adunan cheese tadi, masukkan tepung sedikit demi sedikit dan pukul lagi, pastikan adunan tidak berketul.


6. Akhir sekali campurkan meringue sedikit demi sedikit ke dalam adunan tadi dan beberapa titik esen vanila, gunakan cara kaup balik supaya adunan rata. gliss acuan kek dengan marjerin dan alaskan dengan kertas. Curah adunan kek di dalam acuan .




7. Bakar pada suhu 170 darjah selama 20 minit dan turunkan suhu 140 darjah selama 40 minit, gunakan acuan kek berukuran 18cm dan letakkan sedikit air di bawah dulang pembakar, cara bain marie, untuk mendapatkan kek yang elok teksturnya.



8.Hias ikut kreativiti sendiri atau dimakan begitu sahaja. kek ini lembut dan ringan. tak rugi mencubanya.



Peringatan- Pastikan meringue betul betul kental, cara nak tahu meringue dah kental ialah dengan cara menterbalikkan bekas adunan dan meringue takkan jatuh. Kalau tak guna cara bain marie tu pun takpe, janji ikut suhu tu betul-betul ya.





Kesimpulannya, simple and nice cake! Boleh try lg but maybe next time boleh cuba yang berperisa coklat or pandan pulak... Hehe!


Kepada yg nak mencuba, SELAMAT MENCUBA!!!

0 Korang Kate...: