Followers

Tuesday, December 27, 2011

RAINBOW CARAMEL KEK lagik... Hehe!

Semalam, anak sedare aku nak balik ke Poli dah... So, plan nye nak laa wat kan kek utk dia makan or tapau bawak balik. Aku pon gigih laa prepare dari pagi (actually tak laa pagi sangat sebab kene kemas umah dulu.. huhu!) nak wat kek karamel macam dulu tuh.

Ngam² tgh bako dalam 50min, hubby cakap nak gerak dah anto si along. Erk!! Kek tuh kene tgu sejuk dulu baru leh potong. Tambahan pulak, baru sangat masak nye. Tak lekang dari loyang pon lagik! Sudah nye, tak merase gak budak tuh nak makan. Aku cakap kat dia, next time laa kalod ia dtg umah aku lagi, then aku buat semula utk dia. Hehe!

Lepas anto dia ke Behrang, on d way balik, beli durian pulak... Huh! Dalam 2 minggu nih, dah 2-3 kali aku beli and makan durian. Giler ah ketagih... Ekekekekee! Malangnye, Ayyad mmg TAK SUKE langsung ngan buah tuh. Malang kat dia laa... Haha! Mama mmg antu durian. :p

Balik tuh, hubby terus kupas durian. Alamaaakkk... Frust sket. Ade yg keras. But still, kami lantak sampai abes. Haha! Kek aku? Of coz mende pertama yg aku buat bile sampai umah time tuh, ialah menjenguk kek aku yg still kat dalam oven tuh. Hihi! Dah cantik lekangnye... Then terus laa aku kuarkan. Gigih! Tak sesabo tgu bebetul sejuk or masuk peti ais dulu, terus nak potong. Dah comot potongan pertama tuh. huhu!

Tp mmg terbaeekkk lah! Kali nih kek aku lebih kemas, gebu n sedap compare to previous one. Karamel pon tebal dan tak 'black-out'. Hehe! Kek pon ade xtra bancuhan. Actually aku try resepi someone else this time. It's same but ade tambahan dalam adunan dia.

Ni resepi kali nih:
KEK PUDING KARAMEL PELANGI
Resepi asal: E-naLovelyKitchen
Loyang 8 inci / 20cm

Bahan-bahan untuk Gula Hangus:
2 sudu besar gula (boleh buat 1 1/2 sb untuk air gula ngam2 sahaja)
Loyang 8 inci / 20cm

Cara-cara:
Masukkan gula di tengah loyang kek, agak-agak di kawasan api dapur supaya senang gula cair. Rujuk gambar 1.
Panaskan dengan api perlahan di atas dapur.
Biarkan sehingga gula cair dan bewarna perang dan tidak perlu di kacau.
Bila semua gula sudah hancur tutup api dan ratakan air gula memenuhi dasar loyang seperti gambar 2.
Ketepikan dan sediakan pula adunan puding. Air gula akan mengeras, biarkan sahaja. Gula ini akan cair apabila di bakar bersama dengan adunan puding dan kek nanti.

Sebelum bakar: Lorekkan selepas selesai melapis...

Bahan-bahan untuk Puding
400ml fresh milk / susu cair
3 biji kuning telur (Putih telur masukkan terus ke dalam mangkuk pengadun untuk meringue nanti)
2 biji telur
140 gram gula castor
1 sudu kecil esen vanila
Cara-cara:
Asingkan 3 biji putih telur dan kuning telur. Masukkan 3 kuning telur di dalam mangkuk kecil dan 3 biji putih telur ke dalam mangkuk pengandununtuk bahan kek adunan 1 (meringue) nanti..
Masukkan 2 biji telur ke dalam mangkuk telur kuning dan kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih seperti gambar 4.
Kemudian satukan telur dan semua bahan-bahan di atas ke dalam mangkuk besar. Kacau perlahan-lahan supaya tidak berbuih.
Bila semua sebati, tapiskan ke dalam loyang gula hangus tadi. Rujuk gambar 5.
Semasa memasukkan bancuhan puding, gula hangus akan berbunyi seperti kaca pecah.
Tidak perlu dibakar dahulu adunan ini.Ketepikan. Sediakan pula lapisan untuk kek.

Bahan-bahan untuk Kek:

Adunan 1 (Meringue)
6 biji putih telur ( 3 biji putih telur dari bahan puding + dgn 3 biji putih telur baru)
70 gram gula castor
1 sudu kecil cream of tar tar

Cara-cara:
Pukul putih telur sehingga berbuih.
Masukkan gula castor dan cream of tar tar.
Pukul lagi dengan speed tinggi sehingga kental dan kaku.
Apabila mangkuk pengadun diterbalikkan adunan tidak tumpah.
Ketepikan. Guna mixer yang sama tidak perlu basuh terus buat adunan 2 untuk kek.
Bakar secara bain marie dalam oven

Adunan 2:
3 biji kuning telur ( kuning telur dari bahan meringue tadi)
130 ml air
50 ml minyak masak
70 gram gula castor
140 gram tepung gandum
1 sudu teh baking powder
Cara-cara:
Ayak tepung bersama baking powder. Ketepikan.
Pukul kuning telur, air dan minyak masak sehingga putih dan gebu.
Masukkan gula castor dan pukul lagi sehingga kembang
Matikan mixer.
Kemudian masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Kacau dengan senduk kayu secara kaup balik sehingga semua bergaul sebati.
Masukkan separuh adunan 1 (meringue) ke dalam adunan 2 seperti gambar 8. Kaup balik perlahan-lahan. Kemudian masukkan semua adunan 1 dan kacau rata secara kaup balik.
Bahagikan adunan kepada 3 bahagian sama banyak.
Warnakan dengan warna pilihan anda.
Sudukan ke dalam loyang puding tadi. Adunan kek akan terapung di atas adunan puding seperti gambar 10. Adunan akan bergerak kiri kanan...bila sudah separuh adunan dimasukkan baru stabil.
Sudukan 4 sudu besar adunan purple, diikuti 4 sudu besar adunan hijau di tengah adunan purple, 4 sudu besar adunan merah diletak tengah adunan hijau dan buat 4 sudu lagi utk semua warna. (2 pusingan untuk 4 sudu setiap warna)
Kemudian 3 sudu besar adunan purple, 3 sudu besar adunan hijau diikuti 3 sudu besar adunan merah sebanyak 3 pusingan lagi.
Diikuti dengan 2 sudu besar setiap warna sebanyak 2 pusingan dan akhir sekali 1 sudu besar setiap warna sehingga adunan habis. Hasilnya seperti gambar 10.
Panaskan oven 160 degree. (panaskan sekali dgn tray oven yang ada air utk bain marie nanti)
Bakar secara double boiler atau bain marie selama 50 minit atau sehingga kek dan puding masak di rak paling bawah dalam oven.
Setelah masak biarkan kek di dalam oven selama 10 minit atau sehingga keliling kek lekang dari loyang.
Siap bakar: Kek dah lekang dari loyang

Terbalikkan ke atas pinggan dan kek akan turun sendiri.
Segera lap lebihan air gula yang meleleh dan di atas puding secara perlahan dan berhati-hati supaya kek tidak basah.
Siap!!! Setelah diterbalikkan.

Potong kek semasa kek benar-benar sejuk dan hidangkan. Sedap di makan selepas disejukkan di dalam peti sejuk.

Ermmm... Memang kene simpan lam peti ais dulu baru lebih sedap dan nikmat utk dimakan. Tak simpan pon boleh. Sedap jugak rasenye. Haha! Tp nak lebih nikmat, makan laa sejuk²! :p Nak potong pon lebih senang, cantik dan kemas slice nye... :D
Aku dah try 2 kali and mmg langsung tak menghampakan. Korang dah? Kalo lom, aku suggest korg cuba laa... Memang sedappp!!! Hehe...
Selamat Mencuba...........

2 Korang Kate...:

mommyosh said...

aku suke kek n caramel tp sejak preggy ni...takleh nk mkn caramel ni..tgk pon membuatkan aku loya...sabo jela tekak aku nih...

AyyaDDaD ArieyannA said...

Hehe! Std ler tuh. Kalo time preggy, mende yg kite suke jd tak suke. Tp mende yg kite tak suke tuh kekadang jd fav plak time2 camnih. Haha!