Followers

Friday, December 30, 2011

KISAH HOSPITAL

Kisah hospital mmg dah sinonim ngan aku bg tahun nih. Mungkin sebab dah selalu sangat ‘jumpe’ hospital dalam 2011 nih, aku dah jadi macam biase ngan keadaan tuh. Serik mmg ade but aku tau bile sampai waktu tertentu, kite mmg tak leh nak elak utk hadapi mende² yg macam nih even kite mmg tak nak and mebi tak sanggup nak hadapi. Tp, itu kan salah satu ‘rempah’ hidup. So, redah aje ler… Cuma aku pikir positif aje laa… Tak semua org ade pengalaman macam kite. Tak semua org bertuah utk diberi ujian macam kita. J

Kali terakhir sebelum pindah ke Bukit Beruntung, Addad warded kat HKL. 2 Ramadhan bersamaan 2 Ogos 2011. Hampir 2 minggu (+-10 hari) jadi warga KK2, kami dibenarkan balik dgn macam² bekalan ubat dan tarikh appoinment utk follow up.

Dan semalam, selepas hampir 5 bulan berlalu, Addad warded lagi. For the same problem... Kali ni kami ‘bertandang’ kat Hospital Sg Buloh, tempat Addad lahir dulu. Hehe! But Alhamdulillah, dia cuma warderd selama 12 jam aje. 5am-5pm.. Mujur tak melarat batuk semput dia tuh. Terima kasih, Ya Allah...

Kisahnye…

Kul 3.30am meredah highway, gigih menuju ke bahagian emergency hospital sebab Addad punye semput tanak reda. Dia start batuk sket pg Rabu dan aku mmg kene EL laa kalo dia dah start batuk. Selalunye kalo dia batuk sket², dia akan lega lepas amik neb kat klinik and aku cuma follow up guna inhaler dia aje kat umah. But lepas 3 kali neb utk hari tuh, and bile semua mende tuh dah tak beri kesan positif kat dia, aku dah cuak! Mati akal… That’s make me decide to bring him to hospital. Lame aku pikir utk wat keputusan tuh semalam sebab aku tau, kalo aku bawak dia ke hospital, kompem WARDED! And it’s true. Tp demi anak, aku kuatkan semangat, cekalkan hati dan buat keputusan. Daripada terjadi apape yg tak diingini kat dia, aku rela bermalam kat hospital lagi. Aku pandang Addad yg tgh tak bape lena tidonye akibat gangguan batuk dan semput, aku tgk pernafasan dia yg dah laju semacam dan terhentak² bagai dipaksa, aku tak boleh tahan! Aku yg mmg dah tak tido dari awal terus kejutkan hubby… Kul 3am mase tuh. Hubby bangun pisat², terus aku cakap nak bawak adik ke klinik or hospital. Hubby yg mamai terkejut bile aku kate aku nak bawak sekarang! (at that 3am tuh laa) Aku cakap kat dia lagi, “Cuba tgk anak tuh… Macam tuh dia bernapas. Sanggup ker tgk??” Sementara hubby dok layan mata yg mamai and berpikir, aku dah siap² kan ape yg patut utk dibawak ke hospital. Pakaian dan kelengkapan aku n Addad utk 3 hari… Huhu! (belajar melalui pengalaman)

And when it comes to our own kids, nak tak nak mmg hubby terpaksa setuju ngan aku. Aku kol Kak Ida pepagi bute sebab terpaksa tumpangkan Ayyad yg tgh tido tuh kat umah dia. Cuak org tua tuh, ingat perkara serius berlaku. Huhu! But aku explain laa a true condition kat dia. Alhamdulillah, dia mmg baik sangat dan sudi menolong kami. Aku tinggalkan Ayyad kat umah dia pada pukul 3.30am dan bermula lah perjalanan kami ke hospital sg buloh.

Sampai kat Emergency, lepas register kami dibawak ke Zon Separa Kritikal. Ingatkan dorg nak bg neb terus. Rupanya Cuma test oksigen and amik darah Addad aje. Addad plak dah terjaga n merengek² time tuh. Dalam half 40mins kat situ, at last kami di arahkan masuk wad.

So, semalam EL lagi laa mama demi menjaga Addad kat wad. Alhamdulillah, Addad tak demam. Cuma batuk berkahak tu yg buat dia semput. Lepas wat 2 kali neb and makn ubat, petang semalam jugak kami dibenarkan discharge. Hepi dan terkejut gak mama namun bersyukur. Itu menandakan Addad tak ape² and nothing serious to be worried about. Hehe!

Hubby tak dapat jemput coz bos dia nak dtg. Kebetulan kak ida mmg tgh on d way nak dtg melawat. Dia dan suami (abg Napi) laa yg jemput kami anak beranak kat hospital. Siap bayokan bil lagik! Huhu… Mujur tak mahal.. <-shy->

Sampai kat umah, kunci plak takde. Hubby pegang and dia kat tmpt keje time tuh. Tgu lagikkk… Sementara tgu tuh, kami anak-beranak (me, ayyad n addad) lepak² kat umah kak ida dulu. Siap dia suh aku makan nasik kat situ lagi. Huhu! Addad plak tido time tuh. Dekat kul 7pm, baru hubby sampai umah. So, sambung aje laa medical treatment utk Addad kat umah. Hopefully anak mama cepat sembuh ye!

Malam td aku mmg melepek kepenatan. Seharian tak cukup rehat dan tido, mmg sangat meletihkan… So, malam td aku tido awal lah. Hehe! But today, still penat lagik. Seb baik dah ari Jumaat. Sok plak cuti. Bes! Bes! Cuma td hati masih tak tenang nak tinggalkan Addad ngan Kak Ida. Tp insyaAllah, kak Ida mampu jaga Addad sebaik aku. Aku percaya… J

Ya Allah, lindungilah anak-anakku dan semoga semuanya baik-baik saja selepas ini. Amin…

0 Korang Kate...: