Followers

Thursday, November 10, 2011

PUDING ROTI SOS KASTARD

Semalam mase aku dok selak² en Gugel, dapat tips ‘Membakar Tanpa Guna Oven’. Uih!!! Giler eksaited aku. Maklum laa… Dah lame rase nak membak0 tp sebab ketiadaan oven menyebabkan semua keinginan aku tuh terbantut. Uhuhuhu! Bile dapat tips nih semalam, terus rase nak cuba dan-dan tuh jugak… Hahaha! Mengong kan?

Mula² rase nak wat butter cake tp bile pikir² balik, kalo tak jadik kang camane? Membazir jek kan? So, aku pon decide nak cuba puding roti dulu. Hasilnya??? Urmmm.. Tak laa teruk sangat. Kira berjaya laa jugak kan walopon terpaksa bersusah payah sket membalik-balikkan loyang, tudung periuk and what-so-ever yg aku guna tuh demi nak mendapatkan pembakaran yg sekata. Huhu!

Puding Roti Sos Kastard

Bahan-bahan ( 1 happy family )

Bahan A
500 ml susu segar/fresh milk
8 keping roti (gardenia/high 5)

Bahan B
4 s/b gula halus
2 s/b butter - cairkan sebentar atas api
2 biji telur ayam
1 sudu teh esen vanilla
1 s/b tepung jagung
1 s/b serbuk kayu manis/cinnamon powder *(optional)
1 s/b buah pala *(optional)

Bahan C-kuah

1 tin susu cair
2 s/b tepungkastad
2 s/b gula

Cara-cara

Hancurkan /koyakkan roti dan rendam dalam susu 1/2 jam
Kacau dan gaul rata bahan B. Tuangkan ke dalam loyang bersama dgn bahan A yg telah direndam.
Bakar dalam suhu 180'C selama 30 minit/masak. Biarkan sebentar sebelum disejukkan dlm fridge.
Gaulkan bahan sos kastad dan masakkan diatas api yg sederhana sebentar.
Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang.

(Aku buat berpandukan resepi nih tp bab ‘bakar’ tuh aje laa yg lain. Aku kan guna cara bakar manual. Hehe!)

0 Korang Kate...: