Followers

Monday, July 5, 2010

He's amazing to me...

Date/Time: Ahad lepas, dalam lepas zohor.
Lokasi: Dalam bilik kat kg hubby @ Lipis, mase nak tidokan Zayyad.

"Atu! Uwa! Gege! Epat! Emme! Anam! Ejuh! Apan! Lan! Loh!...."


"Huih! Waaahhhhh... Pandaiii!" Aku n hubby serentak bercakap. Kami sama² tepuk tangan, and Zayyad mula laa tersengeh².. Malu laa konon bila org puji dia. Hehe! Bangganye aku, sebab selama nih dia cuma pandai kira start dari no 6 jek! Haha... Tiba², mase tengah golek² layan mata nak tido kan dia, dia mengira sendiri, dan semua nya betol walaupon pelat lagi... Hahaha! Seronok nye rase. Cuma 123 (in english) dia tak bape hapal lg. "One! Two!" then terus jek pegi "Five!"... Ekekekekeee!

Pandai anak mama! ... And setakat hari nih, dalam usia setahun 8 bulan, dah banyak perkataan yg keluar dari mulut dia. Dia dah pandai nak susun perkataan and jadikan satu ayat. Walaupun kadang² tonggang-terbalik, tp dia dah boleh mengenal dan paham ape yg kite cakap. Nama² haiwan pon dia dah boleh tau n kenal. Alhamdulillah... Cepatnye dia membesar. Rasenye baru jek mama tgk Zayyad for the 1st time mase lahir kat HOSHAS dulu, but now Zayyad dah nak jd abg pon... Hehe!

Semoga Zayyad sentiasa hepi, sihat, bahagia, terlindung dari segala perkara yg tak baik, dan membesar menjadi anak yg soleh dan taat pada agama dan kami, ibu bapanya... Amin!!! Mama & ayah luv u so much, honey...

p/s: Zayyad sangat ramah n manja ngan moyang dia mase balik Lipis weekend lepas, sampaikan moyang sangat sedih nak lepaskan Zayyad balik KL semalam. Hehe! Zayyad... Zayyad...

1 Korang Kate...:

Fiza Rauf said...

fuhyooo zayyad dh pandaiiii