Followers

Monday, March 16, 2009

Suatu masa di tarikh itu...

Petang itu seperti biasa, aku menemani mak berehat2 di halaman rumah. Cuma itu yang mak mampu buat memandangkan dia tidak mampu berjalan atau berbuat apa-apa, selain duduk di atas kerusi roda ehsan dari felda buat mereka2 yg kurang upaya di kampungku.

Sedari pagi inginku suarakan sebenarnya, bimbang kalau² mak lupa tarikh dan hari itu namun hasrat itu tetap ku simpan dalam hati. Aku berlari² di halaman rumah, kekadang berlari ke rumah jiran dan berpatah semula. Namun larianku tidak jauh. Cuma di sekitar kawasan yg hampir dengan mak, bimbang kalau2 mak membutuhkan bantuanku untuk sesuatu.

Kadang2 kulihat mak terlelap dan tersengguk2 di atas wheelchair itu namun rutin itu sudah menjadi kebiasaan buatku. Tidak hairan kerana pasti mak letih memandangkan sepanjang masanya dihabiskan di situ. Sehingga petang, tiada apa2 tanda yang menunjukkan mak ingat akan tarikh itu. Akhirnya, setelah kepenatan mungkin, mak memanggilku...

"Tih, tolong bongkokkan mak..."

Aku berlari2 anak ke arah mak. Menurunkan tangan mak dari penyandar lengan kemudian menolak sedikit badan mak ke depan supaya mak dapat membongkok. Ku tunggu di sebelah mak, hanya melihat. Selepas beberapa saat, aku bantu mak duduk semula. Ku naikkan tangan nya seperti biasa.

"Jangan main jauh sangat" kata mak.

"Ye lah..." aku menjawab seada nya.

Sememangnya niat ku tak mahu ke mana2 selepas membantu mak tadi sebab ingin ku suarakan hasratku yg ku tahan sedari pg td. Melihat mak sudah kembali segar dan betul duduk nya, aku bersuara...

"Mak, ari nih ari jadi Ana. Mak ingat tak?"...

Mak menoleh ke arahku. Dengan lagak biasa, mak menjawab...

"Mak ingat..."

Jawapan mak mematikan ayatku. Mak ingat rupanya... Ade keharuan dalam perasaanku ketika itu. Tapi, naluri keanak2an membuatku meminta lebih...

"Mak tak ucap pun kat Ana?" Kata ku menunjukkan sedikit kekecewaan pada mak.

"Ye laaahhh... Selamat hari jadi. Semoga panjang umur, murah rezeki" ucap mak sambil tersenyum.

Aku tersipu² di sebelah mak. Masih mengharapkan sesuatu.

"Mak tanak kasi Ana apape ke?"

"Ermmm... nak ape?" Kata mak.

"Hehe! Mak belanja Ana air gas lah!" Balasku dengan hati yang berbunga.

Naluri kanak2 ku tak pandai meminta lebih. Permintaan yang ku buat ketika itu ku rasakan paling hebat pernah ku buat. Ini kerana aku tak pernah dimanjakan dengan jumlah wang yang besar². Sekadar 20 sen sehari untuk berbelanja, baik sekolah kebangsaan mahupun sekolah agama. Harga sebotol air gas waktu itu sama jumlah nya dengan belanja harianku selama seminggu.

Mak tersenyum lagi. Sambil berusaha menggerakkan sedikit badan nya ke depan, mak berkata...

"Ambil la seringgit. Pegi beli..."

Segera aku meloloskan tangan kecilku ke dalam poket di belakang wheel chair mak dan mencapai beberapa keping syiling. Ku kira sehingga cukup jumlah nya. Setelah itu, dengan senyum melebar, ku pandang wajah mak lalu berlari² ke kedai Cik Minah di belakang rumah. Dengan bangga ku hulur syiling² di tangan kepada tuan kedai sambil berkata...

"Cik, nak air gas satu!"

Botol yg air nya berwarna hijau ku pilih lalu air nya di bungkus. Aku berlalu dari kedai sambil tanganku menjinjing 'hadiah' yang kubeli sebentar tadi sambil menyanyi2 kecil. Riang hatiku tidak dapat digambarkan. Bangga kerana 'hadiah' itu hanya buatku.

Setelah itu, aku kembali pada mak dan bertanya...

"Mak nak?!!..." Sambil terus menghirup air dari penyedut yg tersedia.

"Minum lah..." kata mak lagi.

Aku tersenyum. Tanpa terus bertanya, ku usung ke hulu ke hilir 'hadiah' itu sambil bermain. Setitis pun tidak aku berikan buat org lain walau adikku sendiri. Malah kurahsiakan daripadanya tentang ada nya 'hadiah' itu.

Kini, 'hadiah' itu sudah tiada... Begitu juga dengan mak. Namun, memori yang tercipta ketika itu merupakan kenangan terindah dan hadiah terbesar dari mak buat aku. Selain hadiah terhebat nya kerana melahirkan ku, itulah hadiah hari lahir yang paling berharga darinya buatku. Dan kenangan itu, akan tetap terpahat di ingatanku sampai bila² walau kini sudah hampir 12 tahun dia pergi menghadap Yang Maha Mencipta.

Dalam kerinduan yang menggunung kala ini, aku teringat akan sesuatu. Mungkin kerana keghairahan atau naluri keanak²an ku ketika itu, aku terlupa. Dan andai mampu ku undurkan waktu ke saat itu, hanya satu yang inginku luahkan...

"Terima Kasih mak... Terima kasih atas hadiah, dan kenangan itu. Terima kasih...."

*Al-Fatihah buat arwah mak yang tercinta...

0 Korang Kate...: