Followers

Friday, March 6, 2009

Kembung Perut

Mase Zayyad sembelit ari tuh, perut dia sentiasa kembung.Sian dia, jadi moody disebabkan tak sedap perut. Antara petua² or cara² yang aku cuba untuk hilangkan kembung tuh :-

(1) Cam biase, kerap sapukan minyak Yuyi kat perut, tapak kaki dan ubun² kepala dia.
(2) Tiarapkan dia kat peha or dukung pada bahu sambil tepuk² belakang badan dia.
(3) Junjung n letakkan bahagian perut dia kat atas kepala (Ni petua mak uda aku nih.. Hehe!)
(4) Tuam sekitar perut, pusat, ari-ari dan di sekitar kemaluan dia - Yang nie memberi kesan yg agak cepat laa jugak!... (Yang nie petua akak aku...)
(5) Bagi ibu yg beri susu badan pada baby, elakkan makan makanan yang org tua2 kate "angin" dan "sejuk" - Yg nie mmg susah laa aku nak ikut, kan...

Erm... Tadi, aku try search2 kot ade petua lain then aku jumpe petua nih kat sini :

"Apabila anak kecil menangis kerana kembung, pertama sekali yang perlu dilakukan ialah hentikan tangisannya..kerana tangisannya akan menambahkan lagi angin dalam perutnya..sebaik2nya dukunglah dia..untuk menghilangkan kembung perut, ambil 2-3 biji lada hitam dan ditumbuk..masuk ke dalam pusat bayi..Biarkan dan tepuk belakang badan bayi..

Sebaik-baiknya ialah kita elakkan masalah kembung terjadi pada bayi kita..”BURPING” adalah penting untuk bayi selepas bayi makan atau menyusu..ia juga sebagai tanda yang bayi sudah kenyang..

Satu lagi petua yang saya gunakan ialah apabila tali pusat bayi sudah jatuh, saya akan memasukan 2-3 biji lada hitam yang ditumbuk ke dalam pusatnya..Alhamdullillah saya tidak menghadapi masalah bayi kembung..Ini adalah petua kampung yang saya perolehi dan amalkan untuk dikongsi bersama anda.."

Haaa... Yang guna lada hitam nih aku tak try lagi. Boleh laa cuba nanti kalo Zayyad kembung lagik! Hehe...

Ok laa... See ya!

0 Korang Kate...: