Followers

Monday, January 8, 2007

Problem dan Kawan...

Banyak betul masalah akhir2 nih... Kalo setakat masalah kat tempat keje je aku tak laa kisah sangat. Tp, bile masalah aku tuh melibatkan ahli keluarga sendiri, mende kecik pun akan jadik besar! Susah betul nak jaga hati org nie terutama family sendiri. Seme serba tak kene. Tolong salah, tak tolong salah.. Kalo tolong kang, aku dapat masalah baru. Tp kalo tak tolong... Huh!

Dan kadang2 aku sedar dari mane kesilapan ini bermula dan kesedaran tu membuatkan aku berfikir dan tegas mengingatkan diri sendiri tentang kesilapan2 yg dah aku lakukan. InsyaAllah, aku akan cuba sedaya upaya mengingatkan diri aku supaya membaiki kesilapan itu selepas ini. Sebab, ade cara yg sangat mudah untuk membantu aku melepasi segala masalah ini sebenar nye, setiap masa. Pokok pangkal nya, hati...
Sometimes, aku rase untung tinggal dengan kengkawan, sebab mereka selalu nye boleh membantu bile masing2 dalam kesusahan. Tp, kawan pun ade jenis2nya jugak. Tak semua kawan macam tuh, sebab aku juga punyai kawan yg cuma mendamping bila senang dan bile susah semua nya lari dan mementingkan diri sendiri. Dia lupa sape yg pernah tolong dia mase dia susah dulu. Juga ada kawan yg tak boleh kawan nye lebih baik dari dia. Dari sudut positif mmg bagus, tp kalo negatif? Juga kawan yg jenis mengungkit. Haa... Kawan jenis nie memang hampeh, mcam tolong tak ikhlas. Kawan yg tikam dari belakang? Yang suka memburuk2kan kawan dia sendiri? Harus dijauhi kawan yg macam nih!

Dan sejak bersama kawan2 baru nie, aku semakin sedar kepentingan berteman. Aku lebih mudah dapat mengenali antara sahabat dan kawan... Mereka byk membimbing, membuatkan aku kembali percaya tentang kepentingan sebuah persahabatan. Dan aku takkan sia2 kan kepercayaan yg mereka letakkan pada aku. Selagi mereka sudi menerima aku sebagai kawan, aku akan cuba menjadi sahabat terbaik buat mereka..
For all my dear friends and fellow, old and new, thank for being my friends and accept me as ur friend.. Don't know how to say but i really appreciate all of u guys and luv u all so much!

0 Korang Kate...: